Sunday, 6 November 2016

Cara Letak Radio Dalam Blogger ( Era fm )

Haii nie ada tutorial cara mcm mna nak letak radio kat blogger ...nnti tak de laa pembaca bosan kalau buka blogger baca jaa kan...:-)

1. Dashboard > Design > Add Gadjet > Add HTML
p/s : Tulisan merah tuu bleh tukar ikot keselesaan blog yee... copy CTRL + C serentak okey.. suka x? Kalau suka bagi like or komen yee.. Terima kasih gyus

<div>era.fm</div><div><object type="application/x-shockwave-flash" data="http://ads.era.fm/inc/app/shared/dvrplayer/capsules/radioactive/amp_flash/era/era.swf"width="200" height="170">
                   <!--<![endif]-->
                   <param name="quality" value="high" />
                   <param name="wmode" value="transparent" />
                   <param name="swfversion" value="9.0.45.0" />
                   <param name="expressinstall" value="Scripts/expressInstall.swf" />
                 </object>
</div>
 

Thursday, 27 October 2016

Perak, Darul Ridzuan




Banyak sungguh destinasi perlancongan di Negeri Perak kerana ia meliputi pulau, tasik, gua, air terjun, sungai, taman, hutan rekreasi, bangunan lama, tinggalan sejarah dan keindahan alam semula jadi. Antara tempat yang menjadi pilihan coretan saya hari ini ialah:


1.     HUTAN LIPUR LATA TEBING TINGGI



Bagi yang ingin berkelah sambil menyegarkan badan boleh singgah ke sini. Terlatak di Selama, perekitaran yang sangat redup lataran dikelilingi oleh pokok-pokok besar. Bagi yang suka cabaran, boleh meneroka hingga ke kawasan yang lebih tinggi sambal melihat keindahan air terjun, flora dan fauna yang masih lagi terpelihara.


2.    SANTUARI BURUNG KUALA GULA




Pengemar burung pula boleh berkunjung ke Kuala Gula, iaitu sebuah perkampungan nelayan yang terletak kira-kira 50km dari barat laut Bandar Taiping. Setiap tahun, bermula akhir Ogos hingga April, beribu burung air daripada pelbagai spesies akan singgah ke Kampung Gula yang menjadi laluan migrasi mereka. Antara spesies yang sukar dijumpai seperti burung Botak Kecil, burung Bangau China dan burung Kedidi Kaki Hijau.


3.   ISTANA KELLLIE



Peminat sejarah terutamanya bangunan lama disarankan mengunjungi istana tinggalan di Batu Gajah. Bangunan setinggi tiga tingkat ini dikatakan terletek jauh dalam hutan dan dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di Bandar Arga, India namun tidak sempat siap sepenuhnya apabila pemilik bangunan iitu meninggal dunia di Portugal.


4.   HUTAN SIMPAN BELUM




Jika anda sukakan aktiviti lasak dan mencabar, inilah tempatnya! Hutan simpan 
ini sesuai untuk jungle trekking, hiking, berakit, speed-boating dan juga mendaki kawasan tinggi, pengunjung berpeluang melihat bunga terbesar di dunia iaitu Refflesia. Di sini juga pengunjung boleh menemui serangga hutan yang pelik dan menarik selain melawat perkampungan Orang Asli.


5.   KUALA SEPETANG




Merupakan sebuah perkampungan nelayan, pengunjung boleh river cruise sambil melihat kawasan kelip-kelip di sepanjang sungai dan nikmati mee udang terbaik di perak. Jika sukakan sejarah, bolehlah melawat stesen kereta api pertama di Tanah Melayu iaitu Port Weld. Miskipun landasannya sudah tiada dan hanya tinggal pondok jual tiket serta signboard, ia kekal menjadi kenangan bersejarah.


6.   ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI



Berlainan dengan zoo di negara lain, pengunjung diberi peluang melihat lebih 1,300 ekor haiwan dari 180 spesies bukan sahaja pada siang hari malah berlanjutan hingga waktu malam. Bagi yang ingin merasai pengalaman baru, boleh datang seawal 8 malam dan melihat suasana kehidupan haiwan ini dalam persekitaran lampu seolah-olah diterangi cahaya bulan.


7.    TAMAN HERBA PERAK




Bagi mereka yang ingin mendapatkan tanaman herba segar sama ada untuk tujuan kesihatan, aromaterapi mahupun perubatan, disarankan ke Kampung Payang, Batu Gajah. Terdapat lebih 500 spesies herba ditanam di sini seperti daun sekentut, rempah padang, kacip Fatimah, hempedu bumi, kucing galak dan bermacam-macam lagi. Ada juga yang menjadikan tasik di taman ini sebagai port untuk memancing.


8.   PULAU ORANG UTAN



Terletak kira-kira 10 minit dari Bukit Merah Lake Town Resort dengan menaiki bot, Pulau Orang Utan menempatkan pusat penjagaan Orang Utan. Terdapat lebih daripada 20 Orang Utan pelbagai peringkat umur ditempatkan di sini. Anak-anak boleh melihat gelagat comel bayi Orang Utan yang diberi minum dalam botol dan ditukarkan lampin.


9.   SUNGAI KLAH HOT SPRING



Berendam dalam air panas boleh melancarkan pelancaran darah dan membantu merawat penyakit seperti artritis, kulit dan reumatisme. Turut disediakan laluan refleksologi yang mengalirkan air panas. Untuk kanak-kanak pula disediakan kolam air sejuk untuk mereka berendam dan berenang.


10.   MENARA CONDONG



Merupakan mercu tanda utama di Teluk Intan. Dahulunya, ia dijadikan sebagai tempat penyimpanan air bertangki. Kemudia ia berfungsi sebagai Menara Jam. Kini, ia menjadi monument tarikan pelancong di teluk Intan. Pengunjung dibenarkan naik ke atas Menara dipertingkatkan dengan jalan raya dan berbata menjadikan seperti sebuat dataran.


11.   BUKIT LARUT





Naiklah ke Bukit Larut. Ia dikenali sebagai kawasan paling lembap di Perak dengan suhu harian sekitar 10 hingga 24 darjah Celsius, pengunjung perlu menaiki jeep yang disediakan berikutan kedudukannya kira-kira 1,250 meter di atas paras laut. Tempat penginapan juga disediakan bagi mereka yang ingin merasai percutian dalam suasana kediginan semula jadi. Disediakan hiking trail untuk mereka yang ingin menerokai kawasan Bukit Larut. Flora dan Faunanya juga masih kekal terpelihara.


12.    TAMAN TASIK TAIPING



Suasana persekitaran yang menghijau seperti dalam hutan rimba memberi ketenangan kepada sesiapa sahaja yang berehat ke sini. Sangat luas dan lapang, dengan rimbunan daun dari pokok kanopo berusia ratusan tahun memberi teduhan daripada sinaran matahari, pasti anda tidak akan menyedari masal berlalu dengan pantas tatkala duduk berehat sambil memerhatikan orang awam lalu-lalang, bersiar-siar dengan berjoging di sekitar kawasan taman.


13.  KAMPUNG BIDAEA & KAMPUNG GAJAH



Bagi yang ingin membeli cenderamata berupa labu saying, boleh singgah di Kampung Bidara atau Kampung Gajah. Terdapat pelbagai pilihan warna dan saiz, bergantung pada cita rasa masing-masing.



14.     MASJID UBUDIAH




Merupakan masjid Diraja Negeri Perak yang terrletak di Kuala Kangsar dan merupakan antara masjid tercantik di Malaysia



Akhir kata, Negeri Perak sangat luas. Kalau bawa kereta melalui Lebuhraya Plus arah utara, tentu bangun-tidur, bangun-tidur masih lagi dalam Negeri Perak. Apa lagi, jom rancang percutian anda.