Assalamualaikum dan salam sejahtera di blog
nie saya nak kongsi tempat-tempat menarik yang boleh di lawati di Pulau
Langkawi. Sebut saja Langkawi, saya pasti ramai yang pernah pergi kan? Pulau
Langkawi merupakan pulau bebas cukai, di mana anda boleh dapatkan coklat,
minyak wangi dan juga kereta pada harga yang jauh lebih murah daripada harga
pasaran. Dengan kemudahan pengangkutan seperti lapangan terbang dan feri
memudahkan lagi perjalanan ana ke Pulau Langkawi. Walaupun anda sering ke sana, tapi tahukah
anda sebenarnya terdapat banyak lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi?
1.
DATARAN LANG
Pertama sekali bila anda tiba, sama ada
melalui feri mahupun kapal terbang pasti anda boleh Nampak replica burung
helang setinggi 12 meter di dataran Lang yang menjadi simbol kemegahan Pulau
Langkawi. Di sini juga terdapat air pancut dan panorama di Jeti Kuah yang
memukau terutamanya pada waktu malam.
2.
KERETA KABEL
Tidak sah kalua p Pulau Langkawi tapi tak
baik kereta kabel. Ia akan membawa anda ke puncak Gunung mat Cincang setinggi
708 meter dalam masa 15 minit sahaja. Anda akan rasai kesejukan di atas puncak
serta pemandangan yang menghijau sambal bergambar di balai cerap.
3. SKY
BRIDGE
Di hujung kereta kabel, terdapat sebuah
jambatan sepanjang 410 kaki yang semestinya memerlukan keberanian dan stamina
untuk menyeberanginya. Bukan mudah untuk semua orang, tetapi amat berbaloi
untuk yang cuba menyeberanginya kerana sekali seumur hidup.
4. MAKAM
MAHSURI
Siapa yang tidak tahu akan lagenda Mahsuri
dan sumpahannya? Di sinilah terletaknya tempat persemadian Masuri yang kekal
terjaga kebersihannya dan dijaga rapi sehingga hari ini. Mahsuri merupakan seorang gadis kelahiran
Pulau Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri. Kisah yang paling
popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau
dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater
bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.
5.
UNDERWATER WORLD
Jika anda peminat hidupan dasar laut, anda
pasti teruja dengan Underwater World Langkawi. Terdapat lebih daripada 500
spesies hidupan laut dipamerkan di sini termasuk ikan jerung, ikan pari dan
banyak lagi.
6. PULAU
DAYANG BUNTING
Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang
terbesar selepas Langkawi di Kedah. Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit
perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Jalan perhubungan hanya melalui
bot laju yang boleh disewa di jeti pekan Kuah, pulau Langkawi dengan kadar
pakej Rm45.00 seorang.
Apa kata pada hujung minggu, cuti umum dan
musim cuti sekolah ini, anda penuhi dengan percutian di dalam negara dan lawati
tempat-tempat menarik di Langkawi seperti yang disarankan si atas. Pasti anda
dan seisi keluarga akan bergembira dengan aktiviti yang boleh dilakukan di
Langkawi selain daripada membeli-belah1 Terdapat banyak lagi tempat menarik
yang boleh di lawati di Langkawi yang tidak disenaraikan diatas. Jika ada
kelapangan waktu saya akan senaraikan lagi tempat menarik. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment