Tuesday 18 October 2016

Langkawi Tempat Bersejarah





Assalamualaikum dan salam sejahtera di blog nie saya nak kongsi tempat-tempat menarik yang boleh di lawati di Pulau Langkawi. Sebut saja Langkawi, saya pasti ramai yang pernah pergi kan? Pulau Langkawi merupakan pulau bebas cukai, di mana anda boleh dapatkan coklat, minyak wangi dan juga kereta pada harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran. Dengan kemudahan pengangkutan seperti lapangan terbang dan feri memudahkan lagi perjalanan ana ke Pulau Langkawi.  Walaupun anda sering ke sana, tapi tahukah anda sebenarnya terdapat banyak lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi?

1.     DATARAN LANG




Pertama sekali bila anda tiba, sama ada melalui feri mahupun kapal terbang pasti anda boleh Nampak replica burung helang setinggi 12 meter di dataran Lang yang menjadi simbol kemegahan Pulau Langkawi. Di sini juga terdapat air pancut dan panorama di Jeti Kuah yang memukau terutamanya pada waktu malam.

2.    KERETA KABEL




Tidak sah kalua p Pulau Langkawi tapi tak baik kereta kabel. Ia akan membawa anda ke puncak Gunung mat Cincang setinggi 708 meter dalam masa 15 minit sahaja. Anda akan rasai kesejukan di atas puncak serta pemandangan yang menghijau sambal bergambar di balai cerap.

3.    SKY BRIDGE




Di hujung kereta kabel, terdapat sebuah jambatan sepanjang 410 kaki yang semestinya memerlukan keberanian dan stamina untuk menyeberanginya. Bukan mudah untuk semua orang, tetapi amat berbaloi untuk yang cuba menyeberanginya kerana sekali seumur hidup.

4.    MAKAM MAHSURI




Siapa yang tidak tahu akan lagenda Mahsuri dan sumpahannya? Di sinilah terletaknya tempat persemadian Masuri yang kekal terjaga kebersihannya dan dijaga rapi sehingga hari ini.  Mahsuri merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.

5.    UNDERWATER WORLD




Jika anda peminat hidupan dasar laut, anda pasti teruja dengan Underwater World Langkawi. Terdapat lebih daripada 500 spesies hidupan laut dipamerkan di sini termasuk ikan jerung, ikan pari dan banyak lagi.

6.    PULAU DAYANG BUNTING




Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah. Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang boleh disewa di jeti pekan Kuah, pulau Langkawi dengan kadar pakej Rm45.00 seorang.

Apa kata pada hujung minggu, cuti umum dan musim cuti sekolah ini, anda penuhi dengan percutian di dalam negara dan lawati tempat-tempat menarik di Langkawi seperti yang disarankan si atas. Pasti anda dan seisi keluarga akan bergembira dengan aktiviti yang boleh dilakukan di Langkawi selain daripada membeli-belah1 Terdapat banyak lagi tempat menarik yang boleh di lawati di Langkawi yang tidak disenaraikan diatas. Jika ada kelapangan waktu saya akan senaraikan lagi tempat menarik. InsyaAllah


No comments:

Post a Comment