Wednesday 19 October 2016

Sabah Negeri Dibawah Bayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera harini saya akan kongsikan tempat- tempat menarik di Sabah, ia merupakan negeri di bawah bayu yang amat terkenal di seluruh dunia dengan kepelbagaian Flora dan Faunanya. Ramai pelancong asing yang datang melawat Sabah saban tahun, terutamanya ke Kota Kinabalu atau dipanggil KK. Tetapi sebagai rakyat Malaysia sudahkan anda berjalan-jalan di sana? Jika anda tidak tahu hendak ke mana di sana, apa kata anda ke senarai tempat menarik di Sabah di bawah ini.

1.      TEMPAT MENARIK DI KOTA KINABALU



i.                 Gunung Kinabalu Gunung Kinabalu terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi di Asia Tenggara yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah.



ii.               Pulau Manukan Wah, indahnya pulau berbentuk sabit ini! Airnya sangat bersih dan jernih. Menariknya, anda perlu menaiki bot selama 30 minit untuk ke sini. Bayangkan mandi di tepian pantai yang biru dan tidak tercemar bersama ikan-ikan yang manja dan tak takutkan manusia. Jika anda membawa anak kecil, pasti mereka teruja sepanjang berada si sini.
  
2.     TEMPAT MENARIK DI KUNDASANG DAN RANAU



i.         Desa Cattle fairy Farm Lading lembu di kawasan berbukit yang mempunyai pemandangan Gunung Kinabalu yang sangat cantic pasti menjanjikan satu pengalaman yang berbeza. Pengunjung bolehmelihat sendiri dengan lebih dekat lading lembu dan melakukan aktiviti menarik seperti memberi susu kepada anak lembu, melihat cara memerah susu dan proses penghasilan produk ternusu. Pengunjung juga boleh membeli produk-produk seperti susu dan aiskrim segar.



ii.               Rumah Terbalik Tamparuli - Sekiranyan bercuti ke kundasang, jangan lepaskan peluang untuk singgah di Rumah Terbalik yang terletak di Tamparuli. Dari luar rumahnya kelihatan bumbung di tanah dan di dalamnya pula, segala hiasan sama ada perabot atau meja adalah tunggang terbalik.



iii.            Spa Ikan di Sungai Moroli Satu tempat menarik di sabah yang terletak di ranau untuk merasai sendiri pengalaman di”urut” oleh ikan-ikan kelah di sini. Dstinasi Spa Ikan kelah ini juga turut dikenli dengan nama tempatnya (Khadazan Dusun) iaitu Tagal Luanti Sungai Moroli.

3.    TEMPAT MENARIK DI SANDAKAN



i.                 Pulau Lankayan Destinasi pulau percutian untuk menyelam yang sangat seronok dan popular yang terletak di Laut Sulu, Sandakan. Pulau Lankayan terkenal dengan aktiviti scuba, diving kerana di sini merupakan habitat untuk hidupan marin yang menarik seperti giant grouper dan leopard shark.



ii.               Sepilok Orangutan Rehabilation Centre Berkeluasan lebih 40km persegi, kawasan pemuliharaan ini menempatkan orang utan sama ada yang masih kecil atau yang sudah dewasa. Ia mengekalkan ciri-ciri habitat asli orang hutan dan pengunjung berpeluang berinteraksi dengan haiwan ini dengan lebih dekat.

4.    TEMPAT MENARIK DI TAWAU



i.                 Pasar tanjung Tawau Satu tempat menarik di tawau, Sabah untuk shopping makanan laut kering seperti rumpai laut kering, ikan masin, buah-buahan, sayur mayor, pakaian dan juga kraftangan tempatan. Di pasar ini menempatkan 6000 gerai yang diusahakan oleh orang tempatan.

5.    TEMPAT MENARIK DI BEAFORT



i.                 Pulau Tiga Destinasi percutian ini terkenal dengan keindahan khazanah darat dan lautnya. Destinasi ideal untuk mereka yang sukakan aktiviti meredah hutan, melihat burung, serangga hutan, reptilia dan tidak ketinggalan juga untuk aktiviti scuba diving. Pulau Tiga juga pernah menjadi lokasi penggambaran rancangan realiti TV antarabangsa iaitu Survivor.



ii.               Garama Wetland - Merupakan sebukan tarikan pelancong ecotourism yang menjadi habitat untuk binatang-binatang yang jarang di jumpai di tempat lain. Cara terbaik untuk menikmati keindahan alam semulajadi di sini ialah dengan menaiki cruise di Sungai Gurama.

6.    TARIKAN PULAU-PULAU DI SABAH



i.                 Pulau Layang-layang Pulau kecil yang mempunyai resort yang betul-brtul menghadap laut dan di tepi pantai. Yang paling membuatkan pengunjung teruja di sini ialah mereka boleh melihat ikan-ikan berenang di hadapan balkoni resort sama ada ikan kecil atau hidupan marin menarik lain seperti pari dan anak-anak ikan yu.



ii.            Pulau Kapalai Dari mabul hanya mengambil masa lebih 10 minit. Kapalai hanya sebuah pulau yang tiada pulaunya, hanya secebis hamparan pasir sahaja yang kelihatan. Pulau ini terdiri daripada tebing karang yang dikenali sebagai Karang Ligitan. Yang ada hanyalah chalet atas air iaitu Sipadan kapalai Diva Resort. Resort dikelilingi air laut yang bersih dan jernih serta mempunyai kekayaan hidupan laut yang menakjubkan.



Sampai sini saja coretan blog untuk harini. Semoga ia bermanfaat dan berguna kepada pembaca di luar sana. Terima kasih. Teruskan membaca banyak lagi tempat menarik yang akan saya kongsikan… Insyaallah

No comments:

Post a Comment