Saturday 22 October 2016

Tanah Tinggi Cameron Higland




Assalamualaikum dan salam sejahtera. harini saya nak menceritakan tetang Negeri Pahang yang terkenal dengan banyak destinasi menarik untuk dilawati baik di pulau, pantai, air terjun, kawasan tanah tinggi dan sebagainya. Salah satunya adalah di Tanah Tinggi Cameron yang menempatkan banyak tarikan pelancong alam semulajadi yang menarik untuk anda bercuti. Di bawah merupakan senarai tempat-tempat menarik di Cameron Highland yang popular. 


1.    AGRO-TECHNOLOGY PARK MARDI CAMERON HIGHLAND



Di dalam Taman Mardi yang seluas lebih 40 hektar ini terdapat beberapa tarikan utama seperti tapak penyemaian, kebun pohon-pohon bunga, ladang dan juga kawasan penanaman untuk pokok-pokok teh. 


2.   TAMAN RAMA-RAMA



Terletak di Kea Farm, anda akan jumpa taman ini dalam empat kilometer selepas melalui kawasan pekan Brinchang. Di sini pengunjung boleh bermain dengan rama-rama yang ada secara bebas tanpa halangan pagar. Taman rama-rama ini juga tertutup bagi mengelakan binatang comel ini terbang ke tempat lain. Selain rama-rama ada juga beberapa binatang eksotik lain untuk tontonan umum seperti kala jengking, cicak, serangga kumbang dan juga ular.


3.   LADANG TEH BOH SG. PALAS




Ladang teh ini memang sangat besar dan dianggarkan berkeluasan sehingga 8000 ekar dan juga merupakan ladang teh yang terbesar di Asia Tanggara. Nak datang ke sini memang agak mencabar kerana jalan raya menuju ke kawasan bukit ladang ini sangat sempit dan agak merbahaya kalua ada kereta datang dari arah berlawanan. Anda pasti akan terkesima dengan keindahan ladang yang hijau terbentang luas ibarat sebidang permaidani yang baru dibeli. Dengan udaranya yang sejuk dan pemandangannya yang hijau dan ditambah pula dengan kesunyian tanpa hon-hon kereta, pemandangan ini pasti akan memberi anda satu kepuasan yang tidak boleh dijumpai di bandar.


4.   CACTUS VALLEY




Merupakan satu kawasan menarik di Cameron Highland yang sudah lama berada di sini dan sering menjadi kunjungan pelancong unutk melihat ratusan pokok-pokok kaktus yang pelbagai bentuk dan pelbagai saiz. Ada juga pokok kaktus di sini dikatakan mencecah usia sehingga enam puluh tahun. Selain pokok kaktus di sini juga ada beberapa spesis pokok lain seperti pokok buah epal, pokok bunga dan sebagainya. Sesetengah pelancong membelinya sebagai cenderahati untuk orang di rumah.


5.   BIG RED STRABERRY FARM



Ladang ini menempatkan deretan barisan pokok-pokok buah strawberi yang sangat menarik terutamanya ketika musim berbuah. Suasana di sini juga memang sangat nyaman dan kebersihan landskap ladang ini juga dijaga dengan baik sekali. Destinasi ini dibuka setiap hari dari pukul 8:30am sehingga 4:30pm. Selain membeli buah strawberi yang sudah tentu sangat segar, pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman memetik buah merah yang cantik dan harganya yang berpatutan.


6.   KEBUN POKOK BUNGA LAVENDER



Lavender Garden ini terletak di antara Kuala Terla dan Tringkap dibuka untuk lawatan pelancong secara rasminya sekitar 2013 dan suasana taman ini memang sangat cantik dengan barisan-barisan pokok-pokok bunga yang berwarna-warni. Walaupun nama kebun Lavender, terdapat juga bunga-bunga lain yang menjadi tarikan pelancong seperti pokok bunga kamelia, pokok bunga mawar, bunga daisy dan sebagainya. Sekiranya anda berbulan madu ke Cameron Highland, sangat dicadangkan untuk datang ke destinasi romantis ini untuk bergambar sebagai kenang-kenangan dengan yang tersayang.


7.    PASAR KEA FARM DI BRINCHANG



Terletak tidak jauh dari pekan Brinchang dan lokasinya juga hanya lebih kurang 2-3km dari Tringkap. Pasar ini menjual pelbagai barang tempatan seperti buah-buahan contohnya strawberi, jagung, oren, sayur mayor, barang cenderahati, makanan ringan dan sebagainya. Pasar ini terletak tidak jauh dengan beberapa tempat menarik lain di Brinchang seperti Rose Center, Ladang Labah (Bee Farm) dan juga Taman Rama-Rama.


8.   FRAGRANCE NURSERY



Selain dari Taman Bunga Lavender, di sini juga merupakan tempat yang sangat sesuai untuk mereka yang gemar melihat bunga-bunga segaar. Selain itu, ada juga tumbuhan lain seperti strawberi dan anggur.
 

9.   MUZIUM TIME TUNNEL




Dibina untuk mengekalkan memori bersejarah dan warisan budaya untuk Cameron Highland sendiri. Destinasi ini hanya terletak di Brinchang dan lokasi muzium ini juga berada di aras bawah di dalam Ladang Strawberi Kok Lim. Muzium ini sebenarnya memaparkan barangan koleksi peribadi See Kok Chan iaitu seorang penduduk setempat di Cameron. See ini seorang yang suka benda-benda antic atau barangan yang berusia. Makin lama usia sesuatu koleksi barangan maka makin berharga nilainya.

Bagi yang berminat untuk ke Cameron Highland nie boleh dah merancang dan pergi tempat-tempat menarik di atas. Dah dekat cuti sekolah nie x rugi bawak anak bini pergi bercuti kan. Bukan selalukan dapat luangkan masa bersama. jom p jom. okey cukup sampai sini harini. Nanti kita sambung lagi okey. Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment