Thursday 20 October 2016

Negeri Kelantan Darul Naim



Kalua anda pertama kali nak bercuti di Kelantan, saya yakin anda akan rasa apa yang saya ketika saya tulis blog nie. Sebab banyak tempat menarik yang boleh didapati di Kelantan. Kepada yang pertama kali makan di warung atau restoren di Kelantan, perniaga-perniaganya memang tidak kedekut gula dan yang kedua senyuman yang yang tidak penah lekang dari bibir mereka sama seperti manis gula. Sentiasa manis dan loghat orang Negeri Kelantan memang seronok dengar.

1.   Destinasi menarik untuk shopping di Kelantan


PASAR SITI KHADIJAH Destinasi pasar basah dan kering yang menjanjikan produk-produk menarik untuk di beli sebagai ole-ole. Antara kategori menarik untuk diterjah di sini ialah pakaian, kain wanita, alat solat, barang kraftangan, makanan tradisional Kelantan, perkakasan hantaran perkahwinan dan juga yang paling unik ialah melihat gelagat-gelagat peniaga di sini tawar menwar yang rata-ratanya adalah golongan wanita.


KAWASAN BEBAS CUKAI PANGKALAN KUBOR Bukan sahaja di Langkawi atau di Padang Besar Perlis, di Kelantan pun ada tempat membeli yang bebas cukai. Pangkalan Kubor mula dibuka pada pukul 10 pagi sehngga petang di sini pelancong boleh cuci mata atau membeli barang-barang seperti periuk belanga, pinggan mangkuk, coklat, jersey, handbag, pakaian wanita dan juga terdapat beberapa gerai yang menyediakan makanan kegemaran orang Kelantan dan Thailand.


WAKAF CEH YEH Boleh dikatakan ini merupakan tempat menarik di Kelantan pada waktu malam dan paling happening di Kota Bharu untuk dikunjungi. Peghuni boleh membeli jersey, tudung, pakaian wanita, buah-buahan, dan juga merasai makanan kegemaran orang Kelantan. Senanag cerita Wakaf Ceh yeh ini ibarat satu pasar malam yang sangat besar.

2.   Tarikan pantai di Kelantan

Umumnya rata-rata pantai di Kelantan lebih sesuai untuk santai-santai dan agak tidak sesuai untuk mandi kerana ombaknya yang deras dan keadaan dasar pantainya. Kalua teringin nak snorkelling atau mandi manda, lebih menarik kalua bercuti di pulau-pulau Terengganu atau Sabah.


PULAU CAHAYA BULAN - Satu tempat menarik di Kelantan tepi pantai yang paling dekat dengan Bandar Kota Bharu. Di sepanjang pesisiran pantai di PCB ini terdapat deretan warung-warung yang menyediakan makanan-makanan santai atau makanan panas. Sesuai untuk datang menghirup udara segar waktu petang atau bermain laying-layang. Tidak jauh dari Pantai cahaya Bulan ini juga terdapat beberapa medan ikan bakar yang sesuai untuk makan malam.


PANTAI SRI TUJOH Terletak di Tumpat dan hanya beberapa kilometre dari Kawasan bebas Cukai Pangkalan Kubor. Pantai ini juga boleh dikatakan lebih untuk mereka yang hanya ingin bersantai. Tiada aktiviti mandi manda di laut kerana ombak yang kuat. Di isni juga terdapat beberapa gerai makan dan juga restoran di atas laguna.



PANTAI BISIKAN BAYU Destinasi pantai yang tidak sibuk dan sangat menenangkan. Selain itu, pandangan air lautnya lebih membiru dan cantic berbanding pantai-pantai ke sebelah utara negeri Kelantan. Sesuai sebagai destinasi rehat sekiranya memandu melalui Jalan Pantai Terengganu-Kelantan. Selain itu di Pantai Bisikan Bayu juga selalu mengadakan pertandingan menarik contonya bertandingan wau dan lain-lain.



PANTAI TOK BALI Destinasi percutian yang sangat menenangkan di Kelantan. Terletak tidak jauh dari sempadan Negeri Terengganu dan di sini menempatkan beberapa buah resort/chalet dengan kemudahakan kolam renang. Destinasi ini sangat sesuai untuk santai-santai tepi pantai dan melihat suasana perkampungan yang menjadi tempat pendaratan ikan dari laut. Juga menjadi lokasi kegemaran pemancing terutamanya di sekitar jambatannya yang sangat tinggi.

3.  Muzium dan tarikan bersejarah


MASJID MUHAMMADI Terlekan di Kota Bharu merupakan masjid yang sangat ikonik di kelantan. Masjid ini pada asalnya dibina pada tahun 1867 dengan hanya menggunakan kayu kayan sahaja dan kemudian melalui beberapa proses pengubahsuaian bagi menampung Jemaah yang meningkat. Kubunya yang keemasan dan struktur binaan yang sangat nostalgik menjadikan ia satu destinasi singgahan yang wajib bagi umat islam kalua berkunjung di Kota Bharu.


GELANGGAN SENI Di sinilah pelancong biasanya datang untuk melihat sendiri seni kebudayaan orang Kelantan seperti demo silat tari, demo penghasilan wau, permainan gasing (top spinning), persembahan muzik tradisional dan juga permainan wayang kulit.


MUZIUM PERANG BANK KERAPU Bangunan ini pada awalnya dibina sebagai bank perdagangan dan ketika era penjajahan Jepun ianya bertukar menjadi markas tentera Jepun. Pengunjung boleh melihat sendiri artifak peninggalan seperti barang peperangan dan juga duit lama. Muzium ini dikenali dengan nama Bank Kerapu keranan permukaan dinding banggunannya yang agak kasar seperti ikan kerapu.



MUZIUM NEGERI Di sini adalah destinasi yang paling ideal untuk pelancong mengenali perjalanan masa mengenai negeri Kelantan. Terdapat pelbagai jenis artifak, infografik dan gambar yang sangat sesuai untuk lawatan sambal belajar.

4.  Air terjun dan alam semulajadi di kelantan


JERAM LINANG Destinasi mandi air terjun yang sangat popular yang terletak di Hutan Simpan Ulu Sat, Machang, Kelantan. Di sini  terdapat kawasan mandi manda yang sangat sesuai untuk kanak-kanak dan kemudahan asas yang lengkap seperti surau, chalet, tapak perkemahan, tandas dan gerai-gerai.


AIR TERJUN JELAWANG Terletak di Gunung Stong, Air Terjun jelawang merupakan air terjun bertingkat yang tertinggi di Malaysia dan Asia tenggara.


LATA BERINGIN Sangat cantic dengan pemandangan air terjun yang bertingkat dan kawasan tadahannya di bawah yang lapang tidak berbatu yang sesuai untuk mandi dan berenang bagi dewasa. Namum lokasinya agak terpencil di sungai Pas, Kuala Krai dan memerlukan melalui jalan yang agak mencabar untuk sampai ke sini.



Sekian terima kasih untuk hari ini. Selalu-selalu ye baca coretan blog saya. Saya akan ceritakan banyak lagi tempat menarik yang terdapat di Malaysia.. Insyaallah lepas ini saya sendiri yang akan pergi ke tempat-tempat menarik ini. Hehe bukan selalu boleh bercuti time jadi student nie kan.. Okey Good nite nanti saya sambung lagi ye, teruskan membaca..

1 comment:

  1. Hello Everybody,
    My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

    ReplyDelete